Showing posts with label backfire. Show all posts
Showing posts with label backfire. Show all posts

Kesedaran mengenai bahaya Backfire di boiler

 

  1. Definition : A backfire is an even where the fire moves from the fire box into the fuel transmission system and sometimes all the way into the fuel depot.
  2. Ah sudah, Google punya definition..aku pun tak faham :)
  3. Apa itu backfire? Dalam konteks biomass boiler, backfire berlaku bila mana draft di dalam furnace menjadi positif. Apabila positif, maka haba panas atau api akan keluar daripada furnace door yang boleh menyebabkan risiko kemalangan kepada mana - mana boiler operator yang berada di hadapan furnace.
  4. Sebelum kita pergi lebih lanjut kenapa berlaku draft positif, kita jelaskan dahulu semasa operasi, apakah keadaan yang sepatutnya dioperasikan? 
  5. Semasa beroperasi, furnace draft mesti dikekalkan -5mmWC. Mengikut turutan dari furnace ke ID Fan, draft -5mmWC hingga -250 mmWC di ID Fan. Dengan draft ini, maka heat atau haba panas akan dialirkan dengan baik untuk heat transfer ke boiler tube. Terdapat beberapa point manometer diletakkan untuk memastikan draft berada dalam posisi ini.
  6. Untuk boiler yang dilengkapi dengan fasiliti yang baik, ia bukan menjadi isu besar, namun bukan semua boiler mempunyai kelengkapan yang baik untuk memastikan operasi pada tahap yang selamat.
  7. Sebagai contoh, jika boiler tidak dilengkapi dengan sistem auto grating, maka manual racking perlu dilakukan. Lebih - lebih lagi jika boiler terbabit menggunakan bahan bakar fiber daripada kilang sawit.
  8. Kualiti bahan bakar seperti tahap kelembapan dan saiz yang lebih daripada 3 inci, akan mengurangkan kecekapan pembakaran dan meningkatkan pembentukan clinker dalam furnace. Apabila clinker bertambah, kecekapan pembakaran akan mula menurun dan kerja - kerja racking terpaksa dilakukan. 
  9. Bagaimana manual racking dilakukan?
  10. Manual racking perlu dilakukan dengan prosedur yang ketat. ID Fan perlu diset dalam keadaan manual. Draft perlu di set kepada -10 mmWC (mengikut jenis boiler) dan seorang boilerman mesti sentiasa berada di Control Room untuk monitor dan memberikan arahan kepada fireman yang terdedah kepada risiko besar semasa racking dilakukan. Pada masa operasi racking, Diesel Generator perlu diganding untuk memastikan operasi turbin tidak terganggu.
  11. Apabila keadaan telah selamat (Draft -10 mmWC), arahan diberikan untuk membuka pintu furnace. Hanya satu pintu pada satu - satu masa.
  12. ...eh penat juga nak tulis satu - satu operasi..baik kamu semua pergi ke boiler dan kenalpasti apa hazard yang ada semua aktiviti dilakukan. Kan kita semua kena buat HIRARC di tempat kerja?...
  13. Untuk semua, saya syorkan untuk melihat sendiri operasi semasa racking dilakukan. Saya pasti, jarang pegawai melihat operasi ini :)
.....bersambung ..

Manual Racking & Risiko Backfire

1. Ini adalah perkara luar biasa yang menjadi biasa di kilang sawit yang menggunakan bahan bakar fiber.
2. Ia amat luar biasa kerana mempunyai risiko kemalangan yang amat besar kepada fireman di boiler. Namun menjadi biasa kerana fireman tersebut mungkin tidak pernah mengalami kemalangan disebabkan oleh backfire.
3. Pada suhu melebih 750 deg C, jika backfire berlaku, badan fireman tersebut akan cedera disebabkab haba panas.
4. Aktiviti ini berlaku apabila start up boiler atau semasa racking ash/clinker.
5. Boiler yang tidak dilengkapi dengan sistem fire grate seperti pulsating grate atau vibrating grate, racking secara manual terpaksa dilakukan dalam kekerapan setiap 4 jam mengikut kualiti bahan bakar.
6. Disyorkan kepada syarikat sawit dalam masa harga sawit paling tinggi dalam sejarah dunia untuk meningkatkan teknologi boiler selari dengan peningkatan teknologi di dunia.
7. Penggunaan PPE seperti Coverall juga penting di samping welding glove dan face sheild semasa aktiviti di hadapan boiler seperti start up atau pun racking.

Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh jaga keselamatan staff kita di tempat kerja.

AI : Barrier in communication at workplace

A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...