Makluman bertulis kepada JKKP - Boilerman & Jurutera Stim
Boiler yang tidak memerlukan boilerman
Dandang atau boiler berikut tidak perlu ada boilerman :-
(a)
dandang stim daripada
jenis yang berikut:
(i)
dandang elektrod;
(ii)
ketuhar tiub stim;
(iii)
plat pemanas tiub stim;
(iv)
autoklaf; dan
(v)
apa-apa dandang stim yang di dalamnya
stim yang dijanakan tersimpan;
(b)
dandang air panas; dan
(c)
pemanas minyak terma.”.
Peluang Kerjaya dalam bidang boiler
- Dengan kelulusan SPM dan memulakan kerjaya sebagai fireman di boiler selama minimun 2 tahun, seseorang boleh mengambil peperiksaan Boilerman Gred 2. Tempet kerja mesti ada boiler.
- Peperiksaan dijalankan oleh JKKP. Kekerapan peperiksaan 3 atau 4 kali setahun bergantung kepada jadual yang dikeluarkan.
- Kelayakkan menduduki peperikasaan juga ditentukan oleh capacity luar permukaan memanas boiler.
(a) seorang drebar gred satu hendaklah—
(i) menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu pada setiap syif;
dan
(ii) dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar; dan
(b) penghuni hendaklah melantik seorang jurutera pelawat gred dua.”;
(b) dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ratus meter persegi tetapi tidak lebih daripada dua ribu meter persegi, seorang jurutera gred dua hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”; (>500 m2, <2000 m2)
(c) dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:
“(5A) Jurutera gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (5) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
(d) dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:
“(6) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada dua ribu meter persegi tetapi tidak lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”; (>2000 m2, <5000 m2)
(e) dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:
“(6A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.
(6B) Jika lebih daripada satu dandang stim disambungkan kepada suatu jajaran yang sama atau jika terdapat lebih daripada satu enjin stim yang berkaitan, jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6) hendaklah dibantu oleh seorang jurutera gred dua.”;
(f) dengan menggantikan subperaturan (7) dengan subperaturan yang berikut:
“(7) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
(g) dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:
“(7A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (7) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh seorang jurutera gred dua bersama dengan apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
Apa itu boiler?
- Boiler adalah sejenis alat bertekanan yang mempunyai sumber api atau haba untuk menjana stim.
- Boleh dikatakan dalam semua industri ada boiler yang terdiri daripada banyak jenis dan specifikasi.
- Elektrik di rumah kita ada yang dijanakan oleh boiler.
- Minyak masak yang digunakan di rumah kita dihasilkan menggunakan stim hasil daripada operasi boiler.
- Air panas di tandas di hotel juga dihasilkan oleh boiler.
- Kilang sawit yang memproses buah sawit di seluruh negara dan dunia juga menggunakan boiler untuk menjana stim.
- Disebabkan penggunaan yang meluas dalam industri di seluruh dunia, banyak kemalangan melibatkan boiler berlaku.
- Atas sebab itu, undang - undang melibatkan boiler telah dikuatkuasa di seluruh dunia termasuk di negara kita.
- Undang - undang ini lahir atas dasar untuk menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan boiler, penggunaan boiler dan perkara yang berkaitan dengan boiler.
- Di negara kita, Jabatan Keselataman Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH diberi kuasa untuk mengawal selia kelulusan berkaitaan pembinaan, pemasangan dan menyelia aktiviti berkaitan boiler di Malaysia.
- Terdapat undang - undang khusus berkaitan boiler iaitu FMA 1967. Keperluan kepada Jurutera Stim dan juga Boilerman dinyatakan dalam akta ini.
AI : Barrier in communication at workplace
A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...
-
Dalam masa 3 bulan pertama berkerja sebagai kadet jurutera dengan gaji RM1800 sebulan, saya telah diberikan nasihat amat berguna oleh rakan ...
-
Reference https://inspectioneering.com/blog/2022-02-24/10030/lets-be-frank-the-start-of-process-safety-management-the-flixborough-disaster...
-
gambar dari internet Saya Zulkefli Muhammad, Jurutera Stim Gred 1 dan juga Jurutera Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 ingin berkongsi pengalam...