Showing posts with label jkkp. Show all posts
Showing posts with label jkkp. Show all posts

Kesedaran mengenai bahaya Backfire di boiler

 

  1. Definition : A backfire is an even where the fire moves from the fire box into the fuel transmission system and sometimes all the way into the fuel depot.
  2. Ah sudah, Google punya definition..aku pun tak faham :)
  3. Apa itu backfire? Dalam konteks biomass boiler, backfire berlaku bila mana draft di dalam furnace menjadi positif. Apabila positif, maka haba panas atau api akan keluar daripada furnace door yang boleh menyebabkan risiko kemalangan kepada mana - mana boiler operator yang berada di hadapan furnace.
  4. Sebelum kita pergi lebih lanjut kenapa berlaku draft positif, kita jelaskan dahulu semasa operasi, apakah keadaan yang sepatutnya dioperasikan? 
  5. Semasa beroperasi, furnace draft mesti dikekalkan -5mmWC. Mengikut turutan dari furnace ke ID Fan, draft -5mmWC hingga -250 mmWC di ID Fan. Dengan draft ini, maka heat atau haba panas akan dialirkan dengan baik untuk heat transfer ke boiler tube. Terdapat beberapa point manometer diletakkan untuk memastikan draft berada dalam posisi ini.
  6. Untuk boiler yang dilengkapi dengan fasiliti yang baik, ia bukan menjadi isu besar, namun bukan semua boiler mempunyai kelengkapan yang baik untuk memastikan operasi pada tahap yang selamat.
  7. Sebagai contoh, jika boiler tidak dilengkapi dengan sistem auto grating, maka manual racking perlu dilakukan. Lebih - lebih lagi jika boiler terbabit menggunakan bahan bakar fiber daripada kilang sawit.
  8. Kualiti bahan bakar seperti tahap kelembapan dan saiz yang lebih daripada 3 inci, akan mengurangkan kecekapan pembakaran dan meningkatkan pembentukan clinker dalam furnace. Apabila clinker bertambah, kecekapan pembakaran akan mula menurun dan kerja - kerja racking terpaksa dilakukan. 
  9. Bagaimana manual racking dilakukan?
  10. Manual racking perlu dilakukan dengan prosedur yang ketat. ID Fan perlu diset dalam keadaan manual. Draft perlu di set kepada -10 mmWC (mengikut jenis boiler) dan seorang boilerman mesti sentiasa berada di Control Room untuk monitor dan memberikan arahan kepada fireman yang terdedah kepada risiko besar semasa racking dilakukan. Pada masa operasi racking, Diesel Generator perlu diganding untuk memastikan operasi turbin tidak terganggu.
  11. Apabila keadaan telah selamat (Draft -10 mmWC), arahan diberikan untuk membuka pintu furnace. Hanya satu pintu pada satu - satu masa.
  12. ...eh penat juga nak tulis satu - satu operasi..baik kamu semua pergi ke boiler dan kenalpasti apa hazard yang ada semua aktiviti dilakukan. Kan kita semua kena buat HIRARC di tempat kerja?...
  13. Untuk semua, saya syorkan untuk melihat sendiri operasi semasa racking dilakukan. Saya pasti, jarang pegawai melihat operasi ini :)
.....bersambung ..

Surat Arahan untuk OYK & Firma

Surat bertarikh 23 Dis 2020 yang dikeluarkan oleh KP JKKP
Lampiran 1
  1. Tidak mematuhi mana - mana syarat kelulusan pendaftaran
  2. Melanggar kod etika Lampiran 2
  3. Gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan sebagai pemegang kompetensi
  4. Gagal mencapai suatu tahap prestasi yang telah ditetapkan
  5. Mendapat atau memperolehi pendaftarannya secara menipu atau salah nyata
  6. Telah disabitkan kesalahan di bawah perundangan yang dikuarkuasakan oleh Jabatan
  7. Telah melanggar mana - mana terma atau syarat pendaftaran.

Lampiran 2
Kod Etika Pemegang Kompetensi
  1. Memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan sepertimana kehendak perundangan, perintah, pekeliling, garis panduan sepanjang masa.
  2. Tidak terlibat atau menyokong dalam apa - apa tindakan yang boleh menyebabkan pelanggaran perundangan KKP.
  3. Sentiasa meningkatkan pengentahuan dan kemahiran dalam bidang kompetensi yang dipegang.
  4. Bertindak segera ke atas sebarang bahaya serta - merta yang boleh berlaku dan memaklumkan kepada pihak berkaitan samada majikan atau pihak berwajib.
  5. Tidak akan terlibat walaupun diaraahkan oleh mana - mana pihak yang berkepentingan.
  6. Tidak boleh dengan niat buruk membuat aduan untuk merosakkan reputasi pemegang kompetensi yang lain.
  7. Menjalankan tugas sebagai pemegang kompetensi dalam tempoh sah pendaftaran.
  8. Hanya menjalankan tugas sebagai pemegang kompetensi dalam bidang kompetensinya sahaja.
  9. Tidak membenarkan individu lain untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pemegang kompetensi.
  10. Tidak menyalahguna pengiktirafan kompetensi yang diperolehi.
  11. Bertanggungjawab terhadap setiap laporan yang disediakan dan dikeluarkan.
  12. Mematuhi kod etika ini dengan tingkah laku yang baik dan menggalakan pemegang kompetansi yang lain melakukan perkara yang sama.





NADOPOD : Jadual Kedua : Kejadian Berbahaya

  1. Keruntuhan perancah
  2. Keruntuhan bangunan atau struktur
  3. Litar pintas elektrik
  4. Pelepasan bahan
  5. Letupan, kebakaran atau kegagalan struktur
  6. Letupan atau kebakaran yang menyebabkan perberhentian atau penggantungan kerja biasa di tempat itu selama lebih daripada 24 jam.
  7. Peletusan bekas berputar, roda, batu pengasah atau roda pengasah yang digerakkan oleh kuasa mekanik
  8. Peletusan, peletupan atau keruntuhan talian paip atau mana - mana bahagiannya atau penyalaan apa - apa benda di dalam talian paip
  9. Peletupan, keruntuhan atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan apa - apa vessel tertutup
  10. Kebakaran atau letupan di dalam sesuatu gudang atau kawasan penyimpanan di mana bahan berbahaya disimpan.
  11. Jentera pengangkat terbalik
Rujukan kemalangan

1. Perancah runtuh
3. Boiler meletup
4. Traktor terbalik


NADOPOD : Jadual Pertama : Kecederaan Badan Yang Serius

Subperaturan 5(1)

  1. Emaskulasi
  2. Kurang penglihatan yang kekal salah satu mata
  3. Kurang Pendengaran yang kekal salah satu telinga
  4. Kurang mana- mana anggota atau sendi
  5. Kemusnahan atau keroakan yang kekal upaya mana - mana anggota atau sendi
  6. Kecacatana yang kekal pada kepala atau muka
  7. Patah atau dislokasi tulang
  8. Hilang kesedaran akibat daripada kekurangan oksigen
  9. Hilang kesedaran atau sakit akut akibat daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan apa - apa bahan, yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar
  10. Apa - apa hal tentang keadaan tidak sihat akut yang terdapat sebab untuk mempercayai bahawa hal ini akibat daripada pendedahan kepada patogen terasing atau bahan yang dijangkiti semasa bekerja
  11. Apa - apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta - merta selama lebih daripada 24 jam
Lampiran
1. Kemalangan maut dari website JKKP

2. Kes Pendakwaan oleh JKKP

3. Kemalangan maut di tempat kerja


4. 40 % kemalangan tempat kerja semasa ulang - alik

Jenis - Jenis Peperiksaan yang ditawarkan oleh JKKP


Reg 5 Peperiksaan.

Seorang pembantu jurutera stim yang telah berkerja selama 2 tahun layak untuk menduduki peperiksaan gred 2. 

Setelah hadir peperiksaan dan lulus, beliau boleh mengambil peperiksaan gred 1 setelah 15 bulan daripada tarikh kelulusan Gred 2. Begitu juga hal yang sama untuk boilerman dan juga jurutera enjin pembakaran dalam.

Untuk menjimatkan masa, jurutera boleh mengambil peperiksaan jurutera enjin pembakaran dalam dan diselang seli dengan peperiksaan jurutera stim.

Jika calon gagal mana - mana bahagian peperiksaan, beliau boleh memohon untuk menduduki peperiksaan selepas 3 bulan tarikh rasmi dikeluarkan. Ini membawa maksud, anda hanya berpeluang untuk menduduki 2 kali peperiksaan dalam masa setahun.

Saya melakukan perkara di atas bermula tahun 2005 hingga 2011 untuk lulus empat peperiksaan jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred 1.

Selepas tahun 2014, peluang untuk menduduki peperiksaan Gred 1 lebih ketat kerana undang - undang telah diubah dengan keperluan kapasit luas permukaan memanas lebih 5000 m2 ke ataa untuk Gred 1! Ini amat mustahil untuk dicapai oleh boiler di kilang sawit. Hanya boiler berkapasiti besar yang melebihi 5000 m2 seperti di power plant.

Apa itu boiler?

  1. Boiler adalah sejenis alat bertekanan yang mempunyai sumber api atau haba untuk menjana stim.
  2. Boleh dikatakan dalam semua industri ada boiler yang terdiri daripada banyak jenis dan specifikasi.
  3. Elektrik di rumah kita ada yang dijanakan oleh boiler.
  4. Minyak masak yang digunakan di rumah kita dihasilkan menggunakan stim hasil daripada operasi boiler.
  5. Air panas di tandas di hotel juga dihasilkan oleh boiler.
  6. Kilang sawit yang memproses buah sawit di seluruh negara dan dunia juga menggunakan boiler untuk menjana stim.
  7. Disebabkan penggunaan yang meluas dalam industri di seluruh dunia, banyak kemalangan melibatkan boiler berlaku.
  8. Atas sebab itu, undang - undang melibatkan boiler telah dikuatkuasa di seluruh dunia termasuk di negara kita.
  9. Undang - undang ini lahir atas dasar untuk menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan boiler, penggunaan boiler dan perkara yang berkaitan dengan boiler.
  10. Di negara kita, Jabatan Keselataman Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH diberi kuasa untuk mengawal selia kelulusan berkaitaan pembinaan, pemasangan dan menyelia aktiviti berkaitan boiler di Malaysia.
  11. Terdapat undang - undang khusus berkaitan boiler iaitu FMA 1967. Keperluan kepada Jurutera Stim dan juga Boilerman dinyatakan dalam akta ini.
Kemajuan negara bermula dengan perlaksanaan undang - undang. Semoga negara terus maju dalam teknologi boiler.


AI : Barrier in communication at workplace

A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...