Showing posts with label USM. Show all posts
Showing posts with label USM. Show all posts

Kenapa menjadi Jurutera Stim?

Gambar : Permandangan biasa Jalan Jeroco semasa musim hujan.

Setelah tamat belajar pada tahun 2003 di USM, saya berkerja beberapa bulan di beberapa industri di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Dalam tempoh mencari kerja yang stabil tanpa minat yang jelas, saya hanya mengikut rezeki yang hadir dalam hidup. Peluang mendapatkan kerja amat sukar. Apabila dipanggil temuduga, ia adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup.

Dipendekkan cerita, saya sampai ke bumi Sabah dan mula berkerja di kilang Sawit Morisem B, Sukau, Kinabatangan. 90 km dari Bandar Lahad Datu.

Lahir dari keluarga yang susah. Berbekalkan kecekalan dan mental yang kuat, saya mula mengorak langkah pertama. Alhamdulillah, saya mendapat tunjuk ajar rakan sekerja dan pengurus yang baik. Setiap hari berkerja hampir 12 jam dan meluangkan banyak masa dengan rakan sekerja yang banyak memberikan kata - kata nasihat dan motivasi tanpa putus.

Mereka mendidik saya. Mengajar saya. Memberi jalan - jalan untuk saya ikuti.

Saya ikut nasihat mereka. 
Saya buat.
Dan saya buat lagi.

Terima kasih kepada mereka semua!

Kenapa memilih boiler sebagai kerjaya?

 


  1. Pilihan? Oh tidak. Ia bukan sebuah pilihan. Ia adalah sebuah kembara kehidupan. Mungkin boleh jadi ia sebuah kesilapan keputusan. Ha Ha Ha...mana emoji gelak ketawa ni...
  2. Dalam kamus hidup seorang kembara, pilihan bukan sesuatu yang penting. Ia lebih kepada menikmati sebuah perjalanan. Sebuah pengembaraan.
  3. Saya berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan.
  4. Semasa berumur 16 tahun - 1995, saya telah mula berhijrah untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Terengganu batch 95/96. Sejak itu, saya mengembara ke beberapa negeri hingga kini.
  5. Semasa berumur 25 tahun, saya menjejak kami ke bumi Sukau setelah melalui jalan Jeroco dari Bandar Lahad Datu, Sabah.
  6. Setelah tamat belajar di USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang, saya berkerja di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
  7. Permulaan kehidupan saya di kilang sawit membawa saya hari ini menjadi seorang jurutera stim.
Pertama kali sampai ke bumi Sabah.
Pertama kali mengenali industri sawit.
Pertama kami menemui boiler.
Pertama kali hidup berjiran dengan gajah pigmi, buaya, beruk Belanda dan udang galah gred A Sukau Kinabatangan.

AI : Barrier in communication at workplace

A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...