Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Jenis - Jenis Peperiksaan yang ditawarkan oleh JKKP


Reg 5 Peperiksaan.

Seorang pembantu jurutera stim yang telah berkerja selama 2 tahun layak untuk menduduki peperiksaan gred 2. 

Setelah hadir peperiksaan dan lulus, beliau boleh mengambil peperiksaan gred 1 setelah 15 bulan daripada tarikh kelulusan Gred 2. Begitu juga hal yang sama untuk boilerman dan juga jurutera enjin pembakaran dalam.

Untuk menjimatkan masa, jurutera boleh mengambil peperiksaan jurutera enjin pembakaran dalam dan diselang seli dengan peperiksaan jurutera stim.

Jika calon gagal mana - mana bahagian peperiksaan, beliau boleh memohon untuk menduduki peperiksaan selepas 3 bulan tarikh rasmi dikeluarkan. Ini membawa maksud, anda hanya berpeluang untuk menduduki 2 kali peperiksaan dalam masa setahun.

Saya melakukan perkara di atas bermula tahun 2005 hingga 2011 untuk lulus empat peperiksaan jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred 1.

Selepas tahun 2014, peluang untuk menduduki peperiksaan Gred 1 lebih ketat kerana undang - undang telah diubah dengan keperluan kapasit luas permukaan memanas lebih 5000 m2 ke ataa untuk Gred 1! Ini amat mustahil untuk dicapai oleh boiler di kilang sawit. Hanya boiler berkapasiti besar yang melebihi 5000 m2 seperti di power plant.

Jalan untuk menjadi Jurutera Stim

1. Graduan ijazah kejuruteraan dari universiti yang diiktiraf boleh memohon untuk menjadi jurutera stim setelah berkerja selamat dua tahun. Tempat kerja mesti mempunyai boiler.
2. Industri yang mempunyai boiler seperti kilang sawit, kilang penapis sawit, power plant, kilang getah, kilang kayu, kapal dan kilang oleochemical.
3. Graduan diploma kejuruteraan juga boleh mengambil peperiksaan jurutera stim gred dua tertakluk kepada kelulusan Panel Peperiksaan JKKP.
4. Permohonan dengan JKKP untuk menduduki peperiksaan melalui borang yang ditetapkan, pengesahan berkerja sebagai pembantu jurutera stim di tempat kerja, salinan CF boiler terkini secara talian-surat kepada Panel Peperiksaan JKKP Putrajaya.
5. Terdapat 3 bahagian dalam peperiksaan ini. Part A : Practical Math. Part B Engineering Knowledge. Part C Oral. Reg 20 Silibus Peperiksaan.
6. Untuk graduan kejuruteraan mekanik, mereka diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan Part C Oral sahaja. Selain dari itu, graduan lain mesti mengambil paper A dan B. Tertakluk kepada arahan dan kelulusan Panel Peperiksaan.

Apa persediaan sebelum menduduki peperiksaan jurutera stim?

Post seterusnya....

AI : Barrier in communication at workplace

A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...