Showing posts with label sawit. Show all posts
Showing posts with label sawit. Show all posts

Manual Racking & Risiko Backfire

1. Ini adalah perkara luar biasa yang menjadi biasa di kilang sawit yang menggunakan bahan bakar fiber.
2. Ia amat luar biasa kerana mempunyai risiko kemalangan yang amat besar kepada fireman di boiler. Namun menjadi biasa kerana fireman tersebut mungkin tidak pernah mengalami kemalangan disebabkan oleh backfire.
3. Pada suhu melebih 750 deg C, jika backfire berlaku, badan fireman tersebut akan cedera disebabkab haba panas.
4. Aktiviti ini berlaku apabila start up boiler atau semasa racking ash/clinker.
5. Boiler yang tidak dilengkapi dengan sistem fire grate seperti pulsating grate atau vibrating grate, racking secara manual terpaksa dilakukan dalam kekerapan setiap 4 jam mengikut kualiti bahan bakar.
6. Disyorkan kepada syarikat sawit dalam masa harga sawit paling tinggi dalam sejarah dunia untuk meningkatkan teknologi boiler selari dengan peningkatan teknologi di dunia.
7. Penggunaan PPE seperti Coverall juga penting di samping welding glove dan face sheild semasa aktiviti di hadapan boiler seperti start up atau pun racking.

Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh jaga keselamatan staff kita di tempat kerja.

Kepentingan Jurutera Stim

Dalam masa 3 bulan pertama berkerja sebagai kadet jurutera dengan gaji RM1800 sebulan, saya telah diberikan nasihat amat berguna oleh rakan sekerja.

Katanya, 

1. Nak jadi pengurus kilang sawit kena ada sijil jurutera stim. 
2. Nak ambil peperiksaan, kena kerja dua tahun dan tahu semua perkara pasal boiler.
3. Nak belajar pasal boiler, kena banyak tanya dengan Jurutera Stim di kilang iaitu Pengurus Kilang.
4. Nak berjaya dalam kilang sawit, kena buat betul - betul. Kena minat dan kerja kuat.
5. Kalau tak minat, esok awak berhenti dan cari kerja lain. Jangan buang masa kamu dan syarikat. Cari industri lain.

Makanya...saya berkata dalam diri saya. Baiklah! Saya cuba dulu setahun!

Dan kini sudah 17 tahun saya dalam industri sawit serta menjadi jurutera stim!

Bermulanya Kembara Boiler

  1. Saya memulakan kembara boiler pada March 2004 apabila buat kali pertama saya tiba di Sukau, Kinabatangan, Sabah untuk berkerja di kilang sawit sebuah syarikat ternama negara, IOI Corporation Berhad.
  2. Walaupun saya berkelulusan ijazah pertama kejuruteraan mekanik dan pernah belajar tentang boiler secara teori di Universiti Sains Malaysia, saya tidak pernah didedahkan kepada boiler secara khusus.
  3. Kilang sawit banyak memberikan pendedahan meluas kepada saya tentang boiler hingga hari ini.
  4. Bukan sekadar memberi pendedahan, malah membentuk diri saya menjadi seorang jurutera stim.
  5. Negara masih memerlukan banyak pakar dalam bidang boiler.
  6. Walaupun negara mempunyai banyak jurutera dalam boiler, namun tidak ramai jurutera yang menjadi penulis.
  7. Atas sebab minat menulis dan terlibat secara langsung dalam dunia boiler, saya mewujudkan blog pertama Kembara Insan.
  8. Hari ini, saya memulakan blog kedua iaiut Kembara Jurutera Stim.
Jom mengembara bersama saya. Semoga bermanfaat.



AI : Barrier in communication at workplace

A *barrier in communication* at the workplace refers to any obstacle that hinders the effective exchange of information between individuals ...