Jenis - Jenis Peperiksaan yang ditawarkan oleh JKKP


Reg 5 Peperiksaan.

Seorang pembantu jurutera stim yang telah berkerja selama 2 tahun layak untuk menduduki peperiksaan gred 2. 

Setelah hadir peperiksaan dan lulus, beliau boleh mengambil peperiksaan gred 1 setelah 15 bulan daripada tarikh kelulusan Gred 2. Begitu juga hal yang sama untuk boilerman dan juga jurutera enjin pembakaran dalam.

Untuk menjimatkan masa, jurutera boleh mengambil peperiksaan jurutera enjin pembakaran dalam dan diselang seli dengan peperiksaan jurutera stim.

Jika calon gagal mana - mana bahagian peperiksaan, beliau boleh memohon untuk menduduki peperiksaan selepas 3 bulan tarikh rasmi dikeluarkan. Ini membawa maksud, anda hanya berpeluang untuk menduduki 2 kali peperiksaan dalam masa setahun.

Saya melakukan perkara di atas bermula tahun 2005 hingga 2011 untuk lulus empat peperiksaan jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred 1.

Selepas tahun 2014, peluang untuk menduduki peperiksaan Gred 1 lebih ketat kerana undang - undang telah diubah dengan keperluan kapasit luas permukaan memanas lebih 5000 m2 ke ataa untuk Gred 1! Ini amat mustahil untuk dicapai oleh boiler di kilang sawit. Hanya boiler berkapasiti besar yang melebihi 5000 m2 seperti di power plant.

No comments:

Post a Comment

May 2023 Become a touring bike rider

 May 2023. Embark new journey as ride. First ride from Kota Kinabalu, solo, 400km, in 10 hours. Slow and steady. A friend of rider once said...