- Soalan mudah orang akan tanya, apa kaitan boiler dengan hidup mereka?
- Walaupun kita berada di rumah, sebenarnya ada boiler dalam kehidupan kita.
- Cahaya lampu, kipas dan elektrik yang terhasil berpunca dari sebuah power plant yang dijana daripada stim. Stim terhasil dari boiler.
- Minyak masak yang kita guna untuk memasak juga terhasil dari kilang penapis minyak masak yang menggunakan boiler untuk prosesnya.
- Air panas yang digunakan di bilik hotel juga terhasil dari boiler.
- Boiler banyak memberikan tenaga kepada kehidupan manusia. Disebalik kemudahan dan kesenangan yang kita nikmati, ada fireman, boilerman dan jurutera stim yang bertungkus lumus untuk menjalankan boiler 24 jam sehari dan 7 hari seminggu siang dan malam. Berkerja dalam shift pagi dan malam. Tanpa mengira hujung minggu mahupun hari public.
- Bukan satu tugas yang mudah, namun mereka melakukannya demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga.
- Fireman, Boilerman dan Jurutera Stim di luar sana adalah perwira negara yang namanya tidak disebut. Mereka wajar diberi gelaran Datuk dan Dato atas jasa mereka membangun negara tanpa henti. Siapa sangka post ini bakal memberi sinar buat mereka suatu hari nanti.
- Kepada isteri, keluarga yang suaminya, adiknya, abangnya bekerja sebagai fireman, boilerman dan jurutera stim, hargailah mereka. Kerja mereka amatlah sukar dan berbahaya.
ayuh, hargai fireman, boilerman dan jurutera stim kita!
suasana kerja semasa pembaikan boiler
aktiviti racking untuk biomass boiler yang tidak mempunyai grating system
letupan packaged boiler
letupan boiler yang berlaku di India
No comments:
Post a Comment