Apa itu boiler?

  1. Boiler adalah sejenis alat bertekanan yang mempunyai sumber api atau haba untuk menjana stim.
  2. Boleh dikatakan dalam semua industri ada boiler yang terdiri daripada banyak jenis dan specifikasi.
  3. Elektrik di rumah kita ada yang dijanakan oleh boiler.
  4. Minyak masak yang digunakan di rumah kita dihasilkan menggunakan stim hasil daripada operasi boiler.
  5. Air panas di tandas di hotel juga dihasilkan oleh boiler.
  6. Kilang sawit yang memproses buah sawit di seluruh negara dan dunia juga menggunakan boiler untuk menjana stim.
  7. Disebabkan penggunaan yang meluas dalam industri di seluruh dunia, banyak kemalangan melibatkan boiler berlaku.
  8. Atas sebab itu, undang - undang melibatkan boiler telah dikuatkuasa di seluruh dunia termasuk di negara kita.
  9. Undang - undang ini lahir atas dasar untuk menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan boiler, penggunaan boiler dan perkara yang berkaitan dengan boiler.
  10. Di negara kita, Jabatan Keselataman Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH diberi kuasa untuk mengawal selia kelulusan berkaitaan pembinaan, pemasangan dan menyelia aktiviti berkaitan boiler di Malaysia.
  11. Terdapat undang - undang khusus berkaitan boiler iaitu FMA 1967. Keperluan kepada Jurutera Stim dan juga Boilerman dinyatakan dalam akta ini.
Kemajuan negara bermula dengan perlaksanaan undang - undang. Semoga negara terus maju dalam teknologi boiler.


No comments:

Post a Comment

May 2023 Become a touring bike rider

 May 2023. Embark new journey as ride. First ride from Kota Kinabalu, solo, 400km, in 10 hours. Slow and steady. A friend of rider once said...