- Pilihan? Oh tidak. Ia bukan sebuah pilihan. Ia adalah sebuah kembara kehidupan. Mungkin boleh jadi ia sebuah kesilapan keputusan. Ha Ha Ha...mana emoji gelak ketawa ni...
- Dalam kamus hidup seorang kembara, pilihan bukan sesuatu yang penting. Ia lebih kepada menikmati sebuah perjalanan. Sebuah pengembaraan.
- Saya berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan.
- Semasa berumur 16 tahun - 1995, saya telah mula berhijrah untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Terengganu batch 95/96. Sejak itu, saya mengembara ke beberapa negeri hingga kini.
- Semasa berumur 25 tahun, saya menjejak kami ke bumi Sukau setelah melalui jalan Jeroco dari Bandar Lahad Datu, Sabah.
- Setelah tamat belajar di USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang, saya berkerja di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
- Permulaan kehidupan saya di kilang sawit membawa saya hari ini menjadi seorang jurutera stim.
Pertama kali sampai ke bumi Sabah.
Pertama kali mengenali industri sawit.
Pertama kami menemui boiler.
Pertama kali hidup berjiran dengan gajah pigmi, buaya, beruk Belanda dan udang galah gred A Sukau Kinabatangan.
No comments:
Post a Comment