Gambar : Permandangan biasa Jalan Jeroco semasa musim hujan.
Setelah tamat belajar pada tahun 2003 di USM, saya berkerja beberapa bulan di beberapa industri di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Dalam tempoh mencari kerja yang stabil tanpa minat yang jelas, saya hanya mengikut rezeki yang hadir dalam hidup. Peluang mendapatkan kerja amat sukar. Apabila dipanggil temuduga, ia adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup.
Dipendekkan cerita, saya sampai ke bumi Sabah dan mula berkerja di kilang Sawit Morisem B, Sukau, Kinabatangan. 90 km dari Bandar Lahad Datu.
Lahir dari keluarga yang susah. Berbekalkan kecekalan dan mental yang kuat, saya mula mengorak langkah pertama. Alhamdulillah, saya mendapat tunjuk ajar rakan sekerja dan pengurus yang baik. Setiap hari berkerja hampir 12 jam dan meluangkan banyak masa dengan rakan sekerja yang banyak memberikan kata - kata nasihat dan motivasi tanpa putus.
Mereka mendidik saya. Mengajar saya. Memberi jalan - jalan untuk saya ikuti.
Saya ikut nasihat mereka.
Saya buat.
Dan saya buat lagi.
Terima kasih kepada mereka semua!
No comments:
Post a Comment