- Dengan kelulusan SPM dan memulakan kerjaya sebagai fireman di boiler selama minimun 2 tahun, seseorang boleh mengambil peperiksaan Boilerman Gred 2. Tempet kerja mesti ada boiler.
- Peperiksaan dijalankan oleh JKKP. Kekerapan peperiksaan 3 atau 4 kali setahun bergantung kepada jadual yang dikeluarkan.
- Kelayakkan menduduki peperikasaan juga ditentukan oleh capacity luar permukaan memanas boiler.
(a) seorang drebar gred satu hendaklah—
(i) menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu pada setiap syif;
dan
(ii) dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred dua yang mencukupi untuk memastikan bahawa, termasuk drebar yang menjaga itu, tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar; dan
(b) penghuni hendaklah melantik seorang jurutera pelawat gred dua.”;
(b) dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:
“(5) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ratus meter persegi tetapi tidak lebih daripada dua ribu meter persegi, seorang jurutera gred dua hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”; (>500 m2, <2000 m2)
(c) dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:
“(5A) Jurutera gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (5) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
(d) dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:
“(6) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada dua ribu meter persegi tetapi tidak lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”; (>2000 m2, <5000 m2)
(e) dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:
“(6A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.
(6B) Jika lebih daripada satu dandang stim disambungkan kepada suatu jajaran yang sama atau jika terdapat lebih daripada satu enjin stim yang berkaitan, jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6) hendaklah dibantu oleh seorang jurutera gred dua.”;
(f) dengan menggantikan subperaturan (7) dengan subperaturan yang berikut:
“(7) Jika permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, atau jumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang stim yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebih daripada lima ribu meter persegi, seorang jurutera gred satu hendaklah menjaga dandang stim atau dandang-dandang stim itu.”;
(g) dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:
“(7A) Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (7) hendaklah dibantu pada setiap syif oleh seorang jurutera gred dua bersama dengan apa-apa bilangan drebar gred satu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim dan enjin stim bagi setiap seorang drebar.”;
No comments:
Post a Comment