Kemusnahan atau keroakan yang kekal upaya mana - mana anggota atau sendi
Kecacatana yang kekal pada kepala atau muka
Patah atau dislokasi tulang
Hilang kesedaran akibat daripada kekurangan oksigen
Hilang kesedaran atau sakit akut akibat daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan apa - apa bahan, yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar
Apa - apa hal tentang keadaan tidak sihat akut yang terdapat sebab untuk mempercayai bahawa hal ini akibat daripada pendedahan kepada patogen terasing atau bahan yang dijangkiti semasa bekerja
Apa - apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta - merta selama lebih daripada 24 jam
1. Ini adalah perkara luar biasa yang menjadi biasa di kilang sawit yang menggunakan bahan bakar fiber.
2. Ia amat luar biasa kerana mempunyai risiko kemalangan yang amat besar kepada fireman di boiler. Namun menjadi biasa kerana fireman tersebut mungkin tidak pernah mengalami kemalangan disebabkan oleh backfire.
3. Pada suhu melebih 750 deg C, jika backfire berlaku, badan fireman tersebut akan cedera disebabkab haba panas.
4. Aktiviti ini berlaku apabila start up boiler atau semasa racking ash/clinker.
5. Boiler yang tidak dilengkapi dengan sistem fire grate seperti pulsating grate atau vibrating grate, racking secara manual terpaksa dilakukan dalam kekerapan setiap 4 jam mengikut kualiti bahan bakar.
6. Disyorkan kepada syarikat sawit dalam masa harga sawit paling tinggi dalam sejarah dunia untuk meningkatkan teknologi boiler selari dengan peningkatan teknologi di dunia.
7. Penggunaan PPE seperti Coverall juga penting di samping welding glove dan face sheild semasa aktiviti di hadapan boiler seperti start up atau pun racking.
Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh jaga keselamatan staff kita di tempat kerja.
P91 is a chrome moly alloy metal that contains excellent strength and temperature resistance. It is designed for enhanced creep strength, making it a creep strength enhanced ferritic (CSEF).
P91 stands for the metal's composition of 9% chrome and 1% molybdenum plus vanadium.
Gambar : Bersama mendiang Richard Ginsing di Sakilan Palm Oil Mill, Sandakan, Sabah.
Mendiang Richard Ginsing bukanlah seorang jurutera stim. Dia tidak pernah mengajar saya apa - apa tentang boiler.
Tetapi sebagai orang yang telah berkerja lebih 20 tahun di kilang sawit, dia telah membuka jalan untuk menjadi jurutera stim kepada saya.
Beliau berasal dari Kota Belud. Semasa saya menjadu kadet, kami tinggal bersama di perumahan eksekutif.
Kami banyak meluangkan masa bersama. Semasa kerja. Rehat di kantin. Balik rumah menonton tv bersama sebelum tidur. Esoknya naik kereta beliau untuk ke tempat kerja.
Saya amat terhutang budi dengan beliau kerana banyak memberi nasihat berguna untuk saya.
Gambar : Permandangan biasa Jalan Jeroco semasa musim hujan.
Setelah tamat belajar pada tahun 2003 di USM, saya berkerja beberapa bulan di beberapa industri di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Dalam tempoh mencari kerja yang stabil tanpa minat yang jelas, saya hanya mengikut rezeki yang hadir dalam hidup. Peluang mendapatkan kerja amat sukar. Apabila dipanggil temuduga, ia adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup.
Dipendekkan cerita, saya sampai ke bumi Sabah dan mula berkerja di kilang Sawit Morisem B, Sukau, Kinabatangan. 90 km dari Bandar Lahad Datu.
Lahir dari keluarga yang susah. Berbekalkan kecekalan dan mental yang kuat, saya mula mengorak langkah pertama. Alhamdulillah, saya mendapat tunjuk ajar rakan sekerja dan pengurus yang baik. Setiap hari berkerja hampir 12 jam dan meluangkan banyak masa dengan rakan sekerja yang banyak memberikan kata - kata nasihat dan motivasi tanpa putus.
Mereka mendidik saya. Mengajar saya. Memberi jalan - jalan untuk saya ikuti.
Seorang pembantu jurutera stim yang telah berkerja selama 2 tahun layak untuk menduduki peperiksaan gred 2.
Setelah hadir peperiksaan dan lulus, beliau boleh mengambil peperiksaan gred 1 setelah 15 bulan daripada tarikh kelulusan Gred 2. Begitu juga hal yang sama untuk boilerman dan juga jurutera enjin pembakaran dalam.
Untuk menjimatkan masa, jurutera boleh mengambil peperiksaan jurutera enjin pembakaran dalam dan diselang seli dengan peperiksaan jurutera stim.
Jika calon gagal mana - mana bahagian peperiksaan, beliau boleh memohon untuk menduduki peperiksaan selepas 3 bulan tarikh rasmi dikeluarkan. Ini membawa maksud, anda hanya berpeluang untuk menduduki 2 kali peperiksaan dalam masa setahun.
Saya melakukan perkara di atas bermula tahun 2005 hingga 2011 untuk lulus empat peperiksaan jurutera stim dan enjin pembakaran dalam gred 1.
Selepas tahun 2014, peluang untuk menduduki peperiksaan Gred 1 lebih ketat kerana undang - undang telah diubah dengan keperluan kapasit luas permukaan memanas lebih 5000 m2 ke ataa untuk Gred 1! Ini amat mustahil untuk dicapai oleh boiler di kilang sawit. Hanya boiler berkapasiti besar yang melebihi 5000 m2 seperti di power plant.
1. Graduan ijazah kejuruteraan dari universiti yang diiktiraf boleh memohon untuk menjadi jurutera stim setelah berkerja selamat dua tahun. Tempat kerja mesti mempunyai boiler.
2. Industri yang mempunyai boiler seperti kilang sawit, kilang penapis sawit, power plant, kilang getah, kilang kayu, kapal dan kilang oleochemical.
3. Graduan diploma kejuruteraan juga boleh mengambil peperiksaan jurutera stim gred dua tertakluk kepada kelulusan Panel Peperiksaan JKKP.
4. Permohonan dengan JKKP untuk menduduki peperiksaan melalui borang yang ditetapkan, pengesahan berkerja sebagai pembantu jurutera stim di tempat kerja, salinan CF boiler terkini secara talian-surat kepada Panel Peperiksaan JKKP Putrajaya.
5. Terdapat 3 bahagian dalam peperiksaan ini. Part A : Practical Math. Part B Engineering Knowledge. Part C Oral. Reg 20 Silibus Peperiksaan.
6. Untuk graduan kejuruteraan mekanik, mereka diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan Part C Oral sahaja. Selain dari itu, graduan lain mesti mengambil paper A dan B. Tertakluk kepada arahan dan kelulusan Panel Peperiksaan.
Apa persediaan sebelum menduduki peperiksaan jurutera stim?
Mengikut Reg 15, pihak majikan perlu memaklumkan jika terdapat pertukaran, perletakan jawatan mana - mana boilerman atau jurutera stim secara bertulis kepada JKKP bersama dengan lampiran CF yang terbaru.
Gambar : Ini adalah antara diameter steam drum yang paling besar pernah saya jaga.
Dengan kelulusan SPM dan memulakan kerjaya sebagai fireman di boiler selama minimun 2 tahun, seseorang boleh mengambil peperiksaan Boilerman Gred 2. Tempet kerja mesti ada boiler.
Peperiksaan dijalankan oleh JKKP. Kekerapan peperiksaan 3 atau 4 kali setahun bergantung kepada jadual yang dikeluarkan.
Kelayakkan menduduki peperikasaan juga ditentukan oleh capacity luar permukaan memanas boiler.
Berikut adalah keterangan mengenai spesifikasi boiler tersebut :-
“(4)Jikapermukaanpemanasanbagisesuatudandangstim,atau jumlah keseluruhan permukaan
pemanasan bagi dandang-dandangstim
yang disambungkan kepada suatu jajaran yang sama, adalah lebihdaripada dua ratus meter persegi tetapi
tidak lebih daripada lima ratusmeterpersegi—
(ii)dibantupadasetiapsyifolehapa-apabilangandrebargredduayangmencukupiuntuk memastikan bahawa, termasuk drebaryangmenjagaitu,tidaklebihdaripadaduadandang
stim atau dua enjin stim atau satugabungan
dandang stim dan enjin stim bagisetiapseorangdrebar;dan
(b)penghuni hendaklah melantik seorang juruterapelawatgred dua.”;
“(5)Jika
permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, ataujumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang
stimyangdisambungkankepadasuatujajaranyangsama,adalahlebihdaripada lima ratus meter persegi tetapi
tidak lebih daripada dua ribumeter
persegi, seorang jurutera gred duahendaklah
menjaga dandangstimataudandang-dandangstimitu.”; (>500 m2, <2000 m2)
“(5A)Jurutera gred dua yang menjaga di bawah subperaturan (5)hendaklah dibantu padasetiap syif oleh apa-apa bilangandrebar gredsatu yang mencukupi untuk memastikan bahawa tidak lebih daripada
duadandang stim atau dua enjin stim
atau satu gabungan dandang stim danenjinstim bagisetiapseorangdrebar.”;
“(6)Jika
permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, ataujumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang
stimyangdisambungkankepadasuatujajaranyangsama,adalahlebihdaripadaduaribumeterpersegitetapitidaklebihdaripadalimaribumeter persegi, seorang jurutera gred satu
hendaklah menjaga dandangstimataudandang-dandangstimitu.”; (>2000 m2, <5000 m2)
“(6A)Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (6)hendaklah dibantu padasetiapsyif
oleh apa-apa bilangandrebar gredsatu yang mencukupi untuk memastikan
bahawa tidak lebih daripada duadandang
stim atau dua enjin stim atau satu gabungan dandang stim danenjinstim
bagisetiapseorangdrebar.
(6B)Jikalebihdaripadasatudandangstimdisambungkankepada suatu jajaran yang sama atau jika
terdapat lebih daripada satuenjinstimyangberkaitan,juruteragredsatuyangmenjagadibawahsubperaturan(6)hendaklahdibantuolehseorangjuruteragreddua.”;
“(7)Jika
permukaan pemanasan bagi sesuatu dandang stim, ataujumlah keseluruhan permukaan pemanasan bagi dandang-dandang
stimyangdisambungkankepadasuatujajaranyangsama,adalahlebihdaripada lima ribu meter persegi, seorang
jurutera gred satu hendaklahmenjagadandangstimataudandang-dandang stimitu.”;
“(7A)Jurutera gred satu yang menjaga di bawah subperaturan (7)hendaklahdibantupadasetiapsyifolehseorangjuruteragredduabersamadenganapa-apabilangandrebargredsatuyangmencukupiuntuk memastikan bahawa tidak lebih daripada dua dandang stim atauduaenjinstimatausatugabungandandangstimdanenjinstimbagisetiapseorangdrebar.”;
Jadual PIC untuk menduduki peperiksaan Boilerman & Jurutera Stim
1. >250 m2 to <500 m2 = Boilerman Gred 1
2. >500 m2 to <2000 m2 = Jurutera Stim Gred 2
3. >2000 m2 to <5000 m2 = Jurutera Stim Gred 1
Berikut adalah link untuk regulation yang melibatkan boiler.
Economizer adalah tube yang menggunakan haba dari boiler untuk memanaskan Feed Water sebelum memasukki drum.
Dengan penggunaan Economizer, kecekapan penggunaan bahan bakar dapat ditingkatkan. Suhu Feed Water akan dapat ditingkatkan untuk memudahkan penukaran air kepada stim.
“Fluidized bed combustion (FBC) is a combustion technology used to burn solid fuels.”
A bed of solid particles is said to be fluidized when the pressurized fluid (liquid or gas) is passed through the medium and causes the solid particles to behave like a fluid under certain conditions.
Fluidization causes the transformation of the state of solid particles from static to dynamic.
Source of Fluidized Bed Combustion Image:Britannica
Fluidized Bed Combustion is the ignition of a solid fuel under the conditions mentioned above.
BubblingFBCis used forFuelswith lower heating values such asRice Husk.
Under such sort, the main factors leading to fluidization are as follows:
Solid Fuel Particle Size
Air Fuel Mixture
Fluidized Bed Combustion takes place when the forced draught fan supplies air to the Furnace of the Boiler. In the furnace, and is (used for Bubbling phenomenon) placed on the Bed and is heated before fluidization, the air enters the bed from the nozzles fitted on the Furnace Bed. And above the nozzles; the sand opposes the upward motion of the air.
But at sufficient velocities, when the pressure applied by the air becomes equal to the weight of the sand, fluidization of the sand occurs.
Now the fuel supplied by fuel conveyor is fed to the preheated bubbling sand and gets combusted away. This phenomenon also ensures complete combustion of the Fuel.
The heat released during combustion heats up the surrounding boiler tubes and generates steam. The major advantages of Bubbling Fluidized Bed Combustion are the enhanced thermal efficiency, easy ash removal.
Another type is the Circulating Fluidized Bed Combustion; it is applied to fuels with higher heating values such as Petcoke.
In this, the unburned fuel is fed again to the furnace with the help of a Forced Draught fan and ducts, ensuring enhanced combustion and higher heating and provides excellent fuel flexibility.
Also, the fluidizing velocity of Air in CFBC is comparatively higher than that of BFBC. One of the major drawbacks is the power consumption.
The motors installed in the Forced Draught Fan consume more power than the one installed in the same capacity Boiler’s ( wood/coal fired) Forced Draught Fan, because of elevated levels of draught requirement to create fluidization.
sumber : https://www.thermodyneboilers.com/fluidized-bed-combustion/
Standard Boiler Operator's Question and Answers karya Stephen M. Elonka dan Anthony L. Kohan antara buku rujukan boiler yang sesuai dibaca untuk semua golongan.
Kaedah buku ini yang menggunakan soal jawab dalam menerangkan boiler amat mudah difahami dengan bantuan gambar rajah dan jawapan ringkas.
Saya amat mengesyorkan kepada jurutera muda untuk menghabiskan buku ini dalam menambahkan ilmu boiler anda di peringkat awal.
Blog ini bersifat santai. Namun penuh dengan ilmu dan perkongsian berguna.
Antara tujuan blog ini adalah untuk menarik minat lebih ramai anak - anak muda menceburi bidang kejuruteraan boiler dan juga industri sawit secara khusus.
Kaedah penulisan menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Saya suka penulisan bentuk point kerana ia lebih mudah untuk menyampai maklumat secara lebih tersusun.
Pilihan? Oh tidak. Ia bukan sebuah pilihan. Ia adalah sebuah kembara kehidupan. Mungkin boleh jadi ia sebuah kesilapan keputusan. Ha Ha Ha...mana emoji gelak ketawa ni...
Dalam kamus hidup seorang kembara, pilihan bukan sesuatu yang penting. Ia lebih kepada menikmati sebuah perjalanan. Sebuah pengembaraan.
Saya berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan.
Semasa berumur 16 tahun - 1995, saya telah mula berhijrah untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Terengganu batch 95/96. Sejak itu, saya mengembara ke beberapa negeri hingga kini.
Semasa berumur 25 tahun, saya menjejak kami ke bumi Sukau setelah melalui jalan Jeroco dari Bandar Lahad Datu, Sabah.
Setelah tamat belajar di USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang, saya berkerja di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Permulaan kehidupan saya di kilang sawit membawa saya hari ini menjadi seorang jurutera stim.
Pertama kali sampai ke bumi Sabah.
Pertama kali mengenali industri sawit.
Pertama kami menemui boiler.
Pertama kali hidup berjiran dengan gajah pigmi, buaya, beruk Belanda dan udang galah gred A Sukau Kinabatangan.
Saya memulakan kembara boiler pada March 2004 apabila buat kali pertama saya tiba di Sukau, Kinabatangan, Sabah untuk berkerja di kilang sawit sebuah syarikat ternama negara, IOI Corporation Berhad.
Walaupun saya berkelulusan ijazah pertama kejuruteraan mekanik dan pernah belajar tentang boiler secara teori di Universiti Sains Malaysia, saya tidak pernah didedahkan kepada boiler secara khusus.
Kilang sawit banyak memberikan pendedahan meluas kepada saya tentang boiler hingga hari ini.
Bukan sekadar memberi pendedahan, malah membentuk diri saya menjadi seorang jurutera stim.
Negara masih memerlukan banyak pakar dalam bidang boiler.
Walaupun negara mempunyai banyak jurutera dalam boiler, namun tidak ramai jurutera yang menjadi penulis.
Atas sebab minat menulis dan terlibat secara langsung dalam dunia boiler, saya mewujudkan blog pertama Kembara Insan.
Hari ini, saya memulakan blog kedua iaiut Kembara Jurutera Stim.
Boiler adalah sejenis alat bertekanan yang mempunyai sumber api atau haba untuk menjana stim.
Boleh dikatakan dalam semua industri ada boiler yang terdiri daripada banyak jenis dan specifikasi.
Elektrik di rumah kita ada yang dijanakan oleh boiler.
Minyak masak yang digunakan di rumah kita dihasilkan menggunakan stim hasil daripada operasi boiler.
Air panas di tandas di hotel juga dihasilkan oleh boiler.
Kilang sawit yang memproses buah sawit di seluruh negara dan dunia juga menggunakan boiler untuk menjana stim.
Disebabkan penggunaan yang meluas dalam industri di seluruh dunia, banyak kemalangan melibatkan boiler berlaku.
Atas sebab itu, undang - undang melibatkan boiler telah dikuatkuasa di seluruh dunia termasuk di negara kita.
Undang - undang ini lahir atas dasar untuk menjaga keselamatan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan boiler, penggunaan boiler dan perkara yang berkaitan dengan boiler.
Di negara kita, Jabatan Keselataman Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) atau DOSH diberi kuasa untuk mengawal selia kelulusan berkaitaan pembinaan, pemasangan dan menyelia aktiviti berkaitan boiler di Malaysia.
Terdapat undang - undang khusus berkaitan boiler iaitu FMA 1967. Keperluan kepada Jurutera Stim dan juga Boilerman dinyatakan dalam akta ini.
Kemajuan negara bermula dengan perlaksanaan undang - undang. Semoga negara terus maju dalam teknologi boiler.
Saya Zulkefli Muhammad, Jurutera Stim Gred 1 dan juga Jurutera Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 ingin berkongsi pengalaman dan pengentahuan tentang boiler kepada semua yang berminat.
Saya telah bekerja dan terdedah kepada boiler sejak tahun 2004 hingga kini.
Atas minat saya untuk menjadi penulis, saya telah memulakan blog pertama saya berjudul Kembara Insan, link berikut pada tahun 2009. http://zul1979.blogspot.com/
Blog Kembara Insan telah mencapai page view 1.03 juta hingga kini.
Namun atas sebab blog Kembara Insan mempunyai banyak topik, saya akan memulakan blog baru ini khusus untuk boiler sahaja.
Matlamat dan objektif blog ini adalah seperti berikut :-
Berkongsi ilmu boiler.
Mewujudkan kesedaran ilmu dan minat berkenaan boiler.